KDN mungkin haram buku Tommy Thomas

Tommy Thomas
Tommy Thomas
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas iaitu My Story: Justice in The Wilderness kini dalam pemerhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan mungkin diharamkan jika diputuskan menteri.

Menerusi portal Free Malaysia Today (FMT), sumber KDN memberitahu, buku itu diteliti oleh bahagian penguatkuasaan dan kawalan KDN.

“Mereka sedang siapkan laporan untuk diserahkan kepada menteri. Pihak menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan buku itu diharamkan,” katanya ringkas.

Pada Khamis, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Tommy atas dakwaan melakukan tiga kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mohamed Apandi berkata, Tommy turut mendedahkan beberapa perkara sulit yang masih tertakluk bawah undang-undang kerahsiaan negara, termasuk perbincangan dalam mesyuarat Kabinet dan urusan berkaitan jawatannya selaku Peguam Negara ketika itu.

Beliau berkata, pendedahan Tommy merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamed Apandi buat laporan polis terhadap Tommy Thomas

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan sudah dibuka terhadap Tommy berhubung dakwaan memfitnah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia selepas polis menerima laporan daripada bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Mohamad Hanafiah Zakaria dan akan memanggil Tommy dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Buku setebal 500 muka surat itu menceritakan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, pendakwaan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dan 1MDB, ekstradisi pendakwah kontroversi Zakir Naik dan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buka kertas siasatan terhadap Tommy Thomas