Remaja perempuan maut, rumah terbakar

Sebuah rumah kedai di Jalan Pantai, Kuala Kurau terbakar dan seorang remaja perempuan maut dalam kejadian itu. - Foto Ihsan JBPM Perak
Sebuah rumah kedai di Jalan Pantai, Kuala Kurau terbakar dan seorang remaja perempuan maut dalam kejadian itu. - Foto Ihsan JBPM Perak
A
A
A

PARIT BUNTAR - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja perempuan yang melecur seluruh badan selepas rumahnya terbakar di Jalan Pantai, Kuala Kurau di sini, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 12.45 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Leng Li Zhee, 13, sempat keluar bersama tujuh ahli keluarga lain termasuk dua bayi melalui tingkap dengan bantuan bomba dan orang awam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, seorang wanita turut mengalami patah kaki kiri akibat terjun dari tingkat satu rumah berkenaan ketika cuba menyelamatkan diri.

Sebanyak 10 jentera bomba digunakan untuk memadam kebakaran rumah dan operasi ditamatkan pada jam 4.05 pagi. Foto Ihsan JBPM Perak
Sebanyak 10 jentera bomba digunakan untuk memadam kebakaran rumah dan operasi ditamatkan pada jam 4.05 pagi. Foto Ihsan JBPM Perak

“Kebakaran memusnahkan 95 peratus struktur rumah termasuk semua peralatan perabot dan perkakas elektrik.

“Menurut pemilik rumah, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi letupan kuat beberapa kali dan asap memenuhi ruang sebelum menjerit untuk keluar melalui tingkap,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal punca kejadian dipercayai akibat litar pintas yang bermula di bahagian bawah rumah berkenaan.

“Api berjaya dikawal pada jam 2.30 pagi dengan menggunakan 10 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Bagan Serai dan Parit Buntar dibantu Pasukan Bomba Sukarela.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dilakukan pasukan Forensik Bomba. Jumlah kerugian belum pasti,” katanya.

Mazuki berkata, bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.