X

Kindly register in order to view this article
!

VIP sasaran utama gerakan ekonomi hitam

Gambar hiasan. (Gambar kecil: Shahul Hamid Abdul Rahim)
A
A

SHAH ALAM - Mana-mana individu yang mempunyai jawatan atau berkepentingan sentiasa menjadi sasaran serta terdedah kepada ancaman ekonomi hitam.

Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, gerakan ekonomi hitam tidak menyasarkan polis sahaja tetapi turut memberi ‘tawaran istimewa’ kepada agensi penguatkuasaan lain antaranya seperti Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), pihak berkuasa tempatan (PBT), pegawai daerah dan banyak lagi.

“Pengendali ekonomi hitam akan berjumpa ketua-ketua agensi berkenaan bagi memastikan perniagaan haram mereka dapat berjalan lancar.

“Perniagaan haram seperti judi ekor, pusat pelacuran, pusat hiburan atau pusat dadah itulah yang kita panggil ekonomi hitam.

“Pemilik mereka akan pastikan agensi penguat kuasa yang ditemui dapat ‘menjaga’ tempat-tempat perniagaan mereka serta memastikan tiada gangguan ekonomi hitam berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Shahul Hamid berkata lagi, keadaan itu kemudian menyebabkan rasuah semakin berleluasa dan seterusnya menyukarkan lagi usaha untuk menghapuskan jenayah tersebut.

“Untuk hapus rasuah memang payah selagi ada ‘deal’ sebegitu.

“Justeru, kita kena tumpu untuk hapuskan gerakan ekonomi hitam melalui perniagaan-perniagaan haram ini terlebih dahulu, baru boleh hapuskan rasuah,” katanya.

Beliau berkata, jika Malaysia hendak menjadi negara yang bersih, contohilah pentadbiran negara-negara yang berada pada kedudukan tertinggi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) antaranya seperti New Zealand dan Denmark.

Tambahnya, apabila pentadbiran negara itu berada di landasan yang betul, maka tiada ruang untuk rasuah mahupun gerakan ekonomi hitam berlaku di negara tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!