23 sukarelawan daftar terima vaksin SARS-CoV-2 di Sarawak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Seramai 23 sukarelawan di Sarawak telah mendaftar setakat ini serta memberikan keizinan untuk menjalani ujian klinikal bagi vaksin SARS-CoV-2 dari China dan dua daripada mereka telah menerima suntikan pada Rabu, kata Pengarah Kesihatan negeri itu, Dr Chin Zin Hing.

Beliau berkata, ujian klinikal bagi vaksin baharu itu kini dilakukan di sembilan pusat di seluruh negara termasuk Hospital Umum Sarawak (SGH).

“Proses itu masih berlangsung dan mereka yang telah mendaftar akan dihubungi serta disaring dan akan diberikan waktu untuk datang menerima suntikan serta janji temu berikutnya,” katanya kepada pemberita pada sidang harian perkembangan Covid-19 di sini pada Khamis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sebelum ini berkata, ujian klinikal bagi vaksin SARS-CoV-2 telah bermula pada 27 Januari lepas di sembilan hospital dan membabitkan kira-kira 3,000 sukarelawan.

ARTIKEL BERKAITAN: KKM sedia laksana program imunisasi Covid-19 sejurus bekalan tiba

Dr Adham berkata, fasa ketiga ujian klinikal vaksin yang dibangunkan dan ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademi Sains Perubatan Cina (IMBCAMS) sedang dijalankan dengan matlamat menilai keselamatan serta keberkesanannya terhadap jangkitan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Dr Chin berkata, vaksinasi bagi vaksin Pfizer-BioNTech akan bermula akhir bulan ini, yang membabitkan petugas barisan hadapan di Sarawak. - Bernama