Jangan biarkan penggodam berleluasa

A
A
A

DUNIA penggodam sememangnya penuh misteri. Tiada siapa yang tahu identiti mereka. Cuma, yang pasti mereka akan menyerang pada bila-bila masa sahaja. Tanpa mengira kedudukan dan darjat.

Inilah yang berlaku kepada dua personaliti VVIP. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Wan Rosdy mendedahkan aplikasi WhatsAppnya telah digodam. Affendi pula menjelaskan percubaan menggodam telah dikesan lebih awal oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) dan Pusat Operasi Pertahan Siber (CDOC).

Apakah pelajaran yang boleh diambil daripada dua insiden ini? Ia bermakna penggodam tidak mengira darjat. Minggu ini juga gempar dengan pendedahan penggodam siber yang menggunakan initial Anonymous Malaysia (AM). AM telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang didakwa gagal meningkatkan tahap keselamatan siber negara.

Apapun ancaman AM, penulis berasa bangga kerana Malaysia ialah antara negara yang amat mementingkan aspek keselamatan siber. ATM juga yang sentiasa berwaspada untuk menangkis segenap ancaman mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan. ATM menegaskan semua ancaman AM dan penggodam yang lain, berjaya dikesan awal serta ditangani sewajarnya.

Affendi turut menegaskan BSEP dan CDOC telah berjaya melaksanakan pengasingan trafik data raya bagi mengaburkan lokasi sebenar simpanan data demi melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara daripada menjadi sasaran penggodam.

Menerusi video berdurasi dua minit berbentuk amaran dimuat turun dalam akaun Facebook AM, penggodam terbabit menyifatkan keselamatan siber negara pada tahap rendah dan berisiko tinggi berlakunya kebocoran data.

Video tersebut turut mendakwa kebocoran data sebuah syarikat telekomunikasi melibatkan 46 juta nombor telepon bimbit pengguna di Malaysia, berlaku pada tahun 2017.

Artikel Berkaitan:

Teknologi

Kes penggodaman Wan Rosdy turut menimbulkan rasa gelisah. Adakah insiden ini membuktikan penggodam sudah mula menggodam personaliti VVIP. Dalam hal ini, penulis ingin memuji Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengutamakan berkaitan fakta teknologi masa depan.

Fakta teknologi masa depan ialah strategi yang perlu diperhebatkan oleh jurutera sistem komunikasi dalam menitikberatkan kesahihan fakta masa depan. Ia diperoleh secara pengaplikasian sistem kepintaran dan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI). Mereka kemudian mereka bentuk sesuatu sistem pengaplikasian sama ada di bahagian sistem tulang belakang dan pengantara muka.

Yang jelas, dua insiden melibatkan VVIP berkenaan telah dibangkitkan ALLAH SWT dalam Surah al-Kahfi ayat 84-85 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan kami beri kepadanya jalan yang diperlukan, lalu dia menempuh jalan itu.”

Apapun, kerajaan mesti segera mengenal pasti siapakah AM. AM berjanji akan melancarkan serangan siber mengikut Seksyen 505 dan 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penulis juga bersetuju dengan pelan tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Badan Keselamatan Siber Nasional (NACSA) yang telah mengeluarkan peringatan kepada semua agensi kerajaan dan swasta supaya berwaspada.Kejayaan mengekang penetrasi penggodam terhadap sistem sekuriti siber membuktikan kepakaran jurutera tempatan.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mendapatkan sokongan padu jurutera sistem jaringan, pereka data raya, pereka sistem tulang belakang dan pengantara muka dan pakar pereka sistem keselamatan siber untuk menghancurkan penggodam seperti AM.

* Profesor Madya Ir Dr Muhidin Ariffin ialah Ketua Pegawai Operasi Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), Selangor