Kompaun ternakan berkeliaran bermula 1 Mac

[Foto 123RF] Majlis Daerah Rembau akan kenakan kompaun terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan larangan berkuat kua­sa 1 Mac ini. - Gambar kecil: Mohd Najib
[Foto 123RF] Majlis Daerah Rembau akan kenakan kompaun terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan larangan berkuat kua­sa 1 Mac ini. - Gambar kecil: Mohd Najib
A
A
A

REMBAU - Majlis Daerah Rembau akan mengenakan tindakan kompaun terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan larangan berkuat kuasa 1 Mac ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Najib Mustafa berkata, pihaknya komited dalam menangani isu haiwan ternakan berkeliaran terutama di taman perumahan serta jalan raya dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.

Katanya, menurut Seksyen 5 (1) Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Dalam Kawasan-kawasan Larangan 1971, mana-mana kerbau, lembu dan kambing yang dipelihara atau yang disimpan atau dijumpai berkeliaran di dałam mana-mana kawasan larangan boleh ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sesiapa jua yang diberi kuasa.

“Pemilik kerbau atau lembu dan kambing yang ditangkap akan dikenakan kompaun mengikut kadar ditetapkan.

“Jika lembu atau kerbau ditangkap, pemilik mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 bagi seekor dan kambing RM300 seekor manakala fi bagi setiap tangkapan adalah RM100 sehari bagi lembu atau kerbau dan RM30 sehari bagi kambing,” katanya pada Khamis.

Katanya, pemilik haiwan ternakan yang tidak menuntut haiwannya dalam masa tujuh hari dari tarikh tangkapan, haiwan berkenaan akan dilelong atau dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan PBT.

Artikel Berkaitan: