PKP: Jawi tambah kapasiti jemaah solat Jumaat

Bilangan jemaah bagi solat Jumaat ditambah dengan jumlah separuh daripada kapasiti sebenar masjid atau surau Jumaat berkuatkuasa esok (Jumaat).
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat ditambah dengan jumlah separuh daripada kapasiti sebenar masjid atau surau Jumaat berkuatkuasa esok (Jumaat).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersetuju menambah bilangan jemaah bagi solat Jumaat dengan jumlah separuh daripada kapasiti sebenar masjid atau surau Jumaat berkuatkuasa esok (Jumaat).

Selain itu, kebenaran sama turut diberikan bagi pelaksanaan solat fardu di semua masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya membuat ketetapan itu di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, ketetapan itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat melibatkan penjarakan sosial 1.5 meter.

Sebelum ini, Jawi membenarkan solat Jumaat di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dengan jumlah 30 orang jemaah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari ini akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.

Artikel Berkaitan: