Covid-19: Bayi empat bulan maut

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan antara 17 yang maut akibat Covid-19. - Gambar hiasan
Seorang bayi lelaki berusia empat bulan antara 17 yang maut akibat Covid-19. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seorang bayi lelaki berusia empat bulan antara 17 yang maut akibat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi berkenaan meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

"Bayi itu yang merupakan pesakit positif Covid-19 yang didaftarkan pada nombor kes 16,7032 juga mempunyai penyakit jantung berlubang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kematian itu sekali gus menjadikan bayi berkenaan pesakit termuda yang meninggal dunia akibat Covid-19 di negara ini.

Menurutnya, kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing tiga di Sabah dan Sarawak, dua kes di Johor dan Pahang.

"Satu kes turut dilaporkan di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 15 kes kematian melibatkan warganegara dan dua warga asing.

"Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 826 kes," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 baharu dilaporkan adalah 4,571 kes.

"Ia menjadikan jumlah kumulatifnya sebanyak 231,483 kes," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 4,571 kes hari ini, 17 kematian