X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia-Indonesia sekali lagi sahkan hubungan akrab

Perkara itu disahkan menerusi pertemuan antara Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya, Retno Marsudi semasa lawatan dua hari beliau ke republik itu.
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya, Retno Marsudi, sekali lagi mengesahkan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dengan Indonesia semasa lawatan dua hari beliau ke republik itu.

Kenyataan Kementerian Luar pada Khamis memaklumkan perbincangan antara mereka berlangsung semasa majlis makan tengah hari yang dihoskan Retno bagi melakukan persiapan terakhir sempena pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Indonesia Joko Widodo esok (Jumaat).

“Mereka membincangkan bagaimana kedua-dua negara boleh terus berganding bahu bagi mengatasi cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19 dan menggalakkan perbincangan lanjut berkaitan isu kepentingan bersama antara para pegawai kedua-dua pihak,” menurut kenyataan itu.

Hishammuddin kini dalam rangka lawatan ke Jakarta, Indonesia dari 4 hingga 5 Februari sempena kunjungan rasmi oleh Perdana Menteri ke republik itu.

Esok (Jumaat), Hishammuddin akan mengiringi Muhyiddin ke Istana Merdeka, Jakarta untuk lawatan rasmi dan program berkaitan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!