Peluang menang hadiah berganda

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Peraduan PKPNimsXSinar yang menawarkan hadiah berjumlah RM150,550 tampil dengan keunikan tersendiri kerana orang ramai boleh menyertai kesemua enam kategori yang dipertandingkan sekali gus boleh memenangi hadiah berganda.

Peraduan baharu yang dianjurkan Sinar Harian dan mendapat tajaan syarikat pengeluar produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, NIMS ADELICIOUSZ mempertandingkan tiga kategori di bawah dua platform berbeza.

Ketua Jabatan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, peraduan itu berada di dua platform iaitu akhbar Sinar Harian dan media sosial Sinar Harian.

"Untuk platform di media cetak, kategorinya terbahagi kepada hadiah utama iaitu secara terkumpul, siri warna dan hadiah kreatif.

"Digital pula merangkumi kategori rakam dan kongsi video hadiah utama, rakam dan kongsi video siri warna dan 'live session' bersama Pengasas Nims, Tengku Norhanim Tengku Othman," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pengasas NIMS Adeliciousz, Tengku Norhanim Tengku Othman.
Pengasas NIMS Adeliciousz, Tengku Norhanim Tengku Othman.

Menurutnya, peraduan yang berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Februari lalu hingga 14 April depan itu bertujuan menghargai dan memberi ganjaran kepada pembaca Sinar Harian, pelanggan setia produk NIMS ADELICIOUSZ dan pelanggan baharu kedua-dua belah pihak.

Ia juga sekali gus membantu mempromosikan produk baharu edisi terhad keluaran penaja kami iaitu Siri Pelangi Crispy Choco Tub yang berada di pasaran bermula 1 Februari hingga April depan yang terhad kepada 700,000 unit sahaja.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, orang ramai juga boleh menghantar penyertaan tanpa had dengan syarat hanya perlu membeli akhbar Sinar Harian, produk Siri Pelangi dan produk The Best Crispy Choco Tub.

Penyertaan melalui akhbar

Dari segi konsep peraduan, Airol Fadley memaklumkan kategori hadiah utama memerlukan peserta mengumpul penyertaan selama tujuh siri di mana setiap siri akan berlangsung selama 10 hari.

Katanya, borang penyertaan perlu dihantar bersama penutup bekas produk yang lengkap tujuh warna Siri Pelangi, empat penutup bekas produk Crispy Choco Tub biasa dan 35 kepala akhbar (masthead) Sinar Harian yang dipotong bersama tarikh mengikut warna siri Pelangi tersebut dikeluarkan.

"Borang penyertaan boleh didapati setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad bermula 1 Februari lalu.

"Bagi kategori siri warna pula, peserta hanya perlu menghantar satu borang penyertaan bersama lima kepala akhbar Sinar Harian dan satu penutup bekas Siri Pelangi Crispy Choco Tub mengikut warna tersebut.

"Penyertaan perlu dihantar segera sebelum tarikh tutup mengikut siri yang dinyatakan dalam borang peraduan," katanya.

Produk Crispy Choco Tub mempunyai empat jenis.
Produk Crispy Choco Tub mempunyai empat jenis.

Jelas beliau, kategori kreatif pula memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan penyertaan secara lebih kreatif dan inovasi menggunakan penutup bekas produk NIMS ADELICIOUSZ, borang peraduan dan kepala akhbar Sinar Harian.

Pemenang kategori hadiah utama (terkumpul) dan hadiah siri warna akan dipilih menerusi sistem cabutan bertuah.

Penyertaan platform digital

Sementara itu, bagi kategori rakam dan kongsi video hadiah utama, peserta hanya perlu merakam video produk Siri Pelangi Crispy Choco Tub sebanyak tujuh warna bersama empat Crispy Choco Tub biasa secara kreatif dan kongsi video berkenaan di akaun Instagram masing-masing dengan tanda pagar #PKPNimsxXSinar #PeraduankumpulprodukNims. Para peserta dikehendaki meletakkan tetapan Instagram mereka kepada 'public'.

"Kategori rakam dan kongsi video siri warna pula memerlukan peserta membeli satu produk Siri Pelangi Crispy Choco Tub dan merakam video tersebut.

"Pemenang kedua-dua kategori ini akan dipilih berdasarkan kreativiti dan memiliki angka tanda 'suka' tertinggi (highest engagement)," jelasnya.

Bagi kategori 'live session' pula, peserta berpeluang menyertai sebanyak tujuh kali menerusi laman Facebook NIMS setiap minggu.

Pada siaran langsung itu, peserta perlu berkongsi 'sesi live' itu dengan lima rakan dengan tanda pagar #PKPNimsxXSinar #PeraduankumpulprodukNims sebelum menantikan kata kunci daripada NIMS.

Sejurus memperoleh kata kunci, peserta perlu membuat tangkap layar atau screenshot' pos yang telah dikongsikan bersama kata kunci yang diberikan semasa 'live' dan menghantarnya ke nombor WhatsApp NIMS HQ 018-7774753 berserta nama, alamat, nombor kad pengenalan dan e-mel.