Murid tahun tiga guna buah hasilkan elektrik

Iman menghasilkan arus eletrik menggunakan buahan-buahan hasil uji kaji yang dpelajarinya di Youtube.
Iman menghasilkan arus eletrik menggunakan buahan-buahan hasil uji kaji yang dpelajarinya di Youtube.
A
A
A

KUBANG PASU - Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok, di sini menghasilkan elektrik dengan menggunakan buah-buahan seperti pisang dan lemon bagi memenuhi masa di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ibunya, Profesor Madya Dr Rajwani Md Zain 46, berkata, Wan Iman Irsyad Wan Muhammad yang juga anak bongsu daripada dua beradik itu gemar mencipta pelbagai benda melalui tontonan di YouTube.

"Iman bercita-cita menjadi seorang saintis. Dia lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti berbentuk eksperimen dan melukis selain daripada menonton Youtube.

"Selepas itu dia akan meminta saya dan suami untuk membeli bahan-bahan diperlukan untuk melakukan uji kaji yang dipelajari di Youtube," katanya pada Khamis.

Iman menggunakan masa terluang dengan melayari Youtube untuk mempelajari pelbagai uji kaji termasuk menghasilkan arus elektirk dan sistem solar.
Iman menggunakan masa terluang dengan melayari Youtube untuk mempelajari pelbagai uji kaji termasuk menghasilkan arus elektirk dan sistem solar.

Menurutnya, beliau selalunya akan memenuhi permintaan anaknya itu memandangkan kos yang diperlukan tidak terlalu tinggi.

"Kadang kala kos bahan-bahan uji kaji itu tidak sampai RM15 pun kerana bahan selebihnya hanya diambil daripada barangan sedia ada di rumah.

"Kami memberi sokongan penuh terhadap hobi Iman ini apatah lagi dia turut mendapat bimbingan daripada ayahnya yang juga guru subjek Sains dan Matematik di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) di Jitra," katanya

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, antara projek lain yang dihasilkan Iman sepanjang PKP ialah projek sistem solar.