X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda UMNO gesa 'My Story: Justice in the Wilderness' ditarik balik

Muhamad Nur Aizat (kanan) membuat laporan terhadap Tommy di Balai Polis Jalan Travers, Brickfields pada Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa siasatan segera dilakukan ke atas Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas termasuk menarik balik buku 'My Story: Justice in the Wilderness'.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, dakwaan Tommy menerusi buku tulisannya itu bersifat melulu dan boleh mengundang pelbagai persepsi buruk terhadap masyarakat.

"Dakwaan yang ditulis di dalam buku itu sangat tidak bertanggungjawab dan bermotif jahat serta mempunyai agenda di sebaliknya.

"Tommy seharusnya malu terhadap dirinya sendiri dengan menghasilkan buku yang lebih kepada satira politik untuk mencari salah pihak lain dan cuba menutup kesalahan diri sendiri semasa menjadi Peguam Negara", katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muhamad Nur Aizat membuat laporan terhadap Tommy di Balai Polis Jalan Travers, Brickfields pada Khamis.
Muhamad Nur Aizat membuat laporan terhadap Tommy di Balai Polis Jalan Travers, Brickfields pada Khamis.

Terdahulu Muhamad Nur Aizat bersama seorang lagi Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Jalan Travers, Brickfields.

Dalam laporan berkenaan, Muhamad Nur Aizat juga melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan melulu Tommy Thomas ke atas kakitangan Jabatan Peguam Negara yang boleh mendatangkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

"Dakwaan beliau yang telah dinafikan oleh pihak-pihak yang didakwa, sekali gus boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat dan itu juga akan membawa kepada percanggahan fakta yang boleh mencalar imej badan kehakiman dan sistem perundangan negara," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!