SWCorp pantau cubaan lupus buangan terjadual di tapak pelupusan sampah

Sharudin Hamid
Sharudin Hamid
A
A
A

KUANTAN - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang melalukan pemeriksaan dua kali sebulan ke atas sembilan tapak pelupusan sampah bawah seliaannya bagi memastikan tiada cubaan melupuskan bahan buangan terjadual secara haram di tapak-tapak pelupusan sampah di negeri ini.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, pihaknya juga mendapat kerjasama daripada operator tapak pelupusan sampah yang dilantik bagi memantau aktiviti lori sampah, terutamanya yang tidak berlesen.

Menurutnya, setakat ini belum ada kes buangan terjadual dikesan di tapak-tapak pelupusan sampah bawah seliaan SWCorp Pahang.

"Bagaimanapun, pemantauan akan terus dilakukan secara berterusan bagi memastikan tiada pihak cuba mengambil jalan mudah dengan melupus bahan ini di tapak tapak pelupusan sampah.

"Buang terjadual perlu diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005 dan bukannya dibuang di tapak pelupusan sampah," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sharudin berkata, pihaknya juga mendapat kerjasama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dalam isu tersebut dan baru-baru ini agensi itu berjaya mengesan cubaan melupus buangan terjadual di sebuah tapak pelupusan sampah di Gebeng.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, pihaknya berjaya mengumpul 7,203.72 tan sisa banjir di seluruh negeri hasil kerja-kerja pembersihan pascabanjir yang dijalankan.

Artikel Berkaitan: