Covax peruntuk agihan pertama 330 juta dos vaksin Covid-19

Covax peruntuk agihan pertama 330 juta dos vaksin Covid-19. - Foto Reuters
Covax peruntuk agihan pertama 330 juta dos vaksin Covid-19. - Foto Reuters
A
A
A

GENEVA - Program pengedaran vaksin antarabangsa, Covax memperuntukan sekurang-kurangnya 330 juta dos vaksin Covid-19 untuk negara-negara miskin dengan menyasarkan agihan jutaan dos lagi pada separuh pertama tahun 2021.

Menerusi laporan Reuters, peruntukan itu merangkumi 240 juta dos awal vaksin AstraZeneca-Oxford Covid-19 yang dibuat oleh Serum Institute of India, 96 juta dos tambahan dari suntikan yang sama yang dibuat oleh AstraZeneca, ditambah 1.2 juta dos vaksin Pfizer -BioNTech'S Covid-19.

Pengagihan juga meliputi purata 3.3 peratus penduduk daripada 145 negara yang mengambil bahagian dalam pusingan awal.

Covax dikendalikan oleh pakatan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (Gavi) diterajui bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Gabungan bagi Inovasi Kesediaan Wabak dan Dana Kanak-Kanak PBB.

Pihaknya menyatakan peruntukan dan pengagihan akan bergantung kepada pelbagai syarat, termasuk kelulusan darurat WHO bagi vaksin dan kesediaan penerimaan negara-negara.

Pegawai WHO, Ann Lindstrand berkata dalam satu taklimat bahawa dos-dos pertama Covax merangkumi vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech seharusnya diedarkan dan diharapkan tiba pada hujung Februari atau awal bulan Mac.

Tambahnya, Afrika Selatan, Cap Verde dan Rwanda akan menjadi antara negara pertama di Afrika untuk menerima suntikan Pfizer.

Secara keseluruhan, 190 negara telah menyertai Covax, yang dilancarkan April tahun lalu dengan tujuan memastikan akses yang adil kepada negara-negara bagi menangani pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: