Jangan bersikap populis bendung Covid-19 di Selangor

Rizam
Rizam
A
A
A

SABAK BERNAM - Kerajaan Selangor diingatkan supaya tidak melakukan tindakan berbentuk populis semata-mata dalam membendung penularan Covid-19 di negeri ini yang mencatatkan bilangan kes harian tertinggi.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri sepatutnya mewujudkan satu 'blueprint' (rangka tindakan) lebih tersusun.

Menurutnya, sesuatu pendekatan digunakan atau apa jua idea yang diketengahkan kerajaan negeri seharusnya selari dengan apa yang diputuskan di peringkat kerajaan Persekutuan.

"Kita tidak mahu kerajaan negeri hanya mengejar popular semata-mata seperti mengumumkan (inisiatif tertentu), tetapi langkah (mengawal penularan Covid-19) dilihat gagal ditangani dengan berkesan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan mampu menjamin penularan pandemik itu dapat dikawal dan dikekang sepenuhnya.

Justeru, katanya, semua pihak perlu bekerjasama dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) jika mahu kes Covid-19 terus menurun di Selangor.

"Paling penting sejauh mana kita sebagai masyarakat peka dan mematuhi SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Selain itu, amalkan kuarantin di rumah dengan disiplin untuk mengurangkan pergerakan, menyentuh barangan dan sentiasa menggunakan cecair pembasmi kuman. Amalkan penjagaan kebersihan berterusan bagi membantu memutuskan rantaian wabak," katanya.

Artikel Berkaitan: