Pegawai India tersilap minum cecair pembasmi kuman Covid-19

Pawar meneguk cecair pembasmi kuman yang disangka air minuman. - Foto: Daily Mail
Pawar meneguk cecair pembasmi kuman yang disangka air minuman. - Foto: Daily Mail
A
A
A

MUMBAI - Seorang pegawai India secara tidak sengaja terminum cecair pembasmi kuman Covid-19 dalam satu mesyuarat jawatankuasa khas pada Rabu, di Mumbai, India.

Timbalan Pesuruhjaya Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai, Ramesh Pawar hadir pada mesyuarat itu dilihat tersilap mengambil cecair pembasmi kuman yang diletakkan bersebelahan dengan botol air minuman, lapor Daily Mail.

Aksi itu sempat dirakam oleh petugas yang hadir pada mesyuarat berkenaan dan video berdurasi 1 minit itu tular di laman sosial.

Rakaman itu menunjukkan, Pawar baru selesai berucap kemudian duduk kembali di kerusi sambil tangan kanan mencapai sebotol air.

Tanpa melihat label pada botol itu, beliau terus membuka penutup dan meneguk cecair berkenaan.

Bagaimanapun tindakan itu berjaya dihalang oleh seorang lelaki yang melihat beliau minum cecair pembasmi kuman.

Sebaik mendapat tahu kesilapannya, Pawar dilihat tersenyum kerana beranggapan perkara itu lucu sambil mengambil botol air minuman baharu dan dilihat meninggalkan dewan berkenaan.

Artikel Berkaitan: