LBS Foundation ringankan beban mangsa banjir

Wakil LBS Foundation, Datuk Seri Daniel Lim (kanan) menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Wakil LBS Foundation, Datuk Seri Daniel Lim (kanan) menyerahkan replika cek kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan LBS Bina menerusi LBS Foundation mengagihkan sumbangan berjumlah RM70,000 kepada mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Kumpulan LBS Bina dalam kenyataan pada Khamis berkata, LBS Foundation menyumbang sebanyak RM20,000 kepada Yayasan Komuniti Negara bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas akibat bencana itu manakala RM50,000 kepada Perbendaharaan Negeri Pahang memandangkan negeri berkenaan terjejas teruk akibat banjir.

Sumbangan 300 unit dapur gas juga turut diagihkan.
Sumbangan 300 unit dapur gas juga turut diagihkan.

"LBS Foundation turut menyerahkan sumbangan sebanyak 300 unit dapur gas bernilai hampir RM20,000 kepada mangsa banjir di Temerloh melalui inisiatif yang dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

"Pada masa sama, sumbangan sebanyak RM20,000 juga diberikan oleh LBS Foundation kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar bagi membantu mangsa banjir di Daerah Hulu Selangor," kata kenyataan itu lagi.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, agihan sumbangan tersebut adalah salah satu daripada empat prinsip LBS Foundation iaitu membantu komuniti yang memerlukan.

Sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas teruk akibat banjir.
Sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terjejas teruk akibat banjir.

"LBS Foundation berharap bantuan ini sedikit sebanyak mampu memberi sinar kepada mangsa banjir yang rata-ratanya kehilangan harta benda di samping berdoa agar mereka kembali menjalankan kehidupan normal mereka seperti sedia kala dan terus berada dalam keadaan sihat dan mematuhi setiap langkah lebih-lebih lagi di dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 ini," katanya.

Artikel Berkaitan: