Gagal seludup 300 kg daun ketum ke negara jiran

Lima lelaki warga tempatan yang ditahan di tembok sempadan Malaysia-Thailand Bukit Puteh, Kuala Perlis dan dihantar di IPD Kangar untuk tindakan susulan. Foto PPM Kuala Perlis
Lima lelaki warga tempatan yang ditahan di tembok sempadan Malaysia-Thailand Bukit Puteh, Kuala Perlis dan dihantar di IPD Kangar untuk tindakan susulan. Foto PPM Kuala Perlis
A
A
A

KUALA PERLIS - Lima lelaki tempatan gagal menyeludup kira-kira 300 kilogram (kg) daun ketum di tembok sempadan Malaysia Thailand Bukit Puteh, dekat sini selepas diserbu sepasukan polis dari unit risik Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Perlis pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, daun tersebut diletakkan di dalam 30 bungkusan plastik hitam dan dipunggah daripada sebuah kenderaan jenis Proton Persona.

Menurutnya, tangkapan dilakukan ketika unit risikan sedang menjalankan rondaan rutin di kawasan terbabit pada jam 4 petang.

Lokasi tembok sempadan Malaysia-Thailand Bukit Puteh, Kuala Perlis yang diserbu Unit Risikan PPM mengagalkan usaha penyeludupan daun ketum pada Rabu. Foto PPM Kuala Perlis
Lokasi tembok sempadan Malaysia-Thailand Bukit Puteh, Kuala Perlis yang diserbu Unit Risikan PPM mengagalkan usaha penyeludupan daun ketum pada Rabu. Foto PPM Kuala Perlis

"Ketika serbuan dijalankan kesemua mereka sedang memunggah keluar muatan plastik hitam berisi daun disyaki daun ketum dari sebuah kenderaan jenis Proton Persona dipercayai untuk tujuan diseludup ke negara jiran melalui jalan darat tembok sempadan.

"Pasukan operasi berjaya merampas sebanyak 30 bungkusan plastik hitam seberat kira-kira 300 kg yang mengandungi daun tersebut. Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 33 tahun,"katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Rohizan berkata, nilai daun ketum dan kenderaan yang dirampas dianggarkan bernilai RM80,000.

"Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: