X

Kindly register in order to view this article
!

600 keluarga terima bantuan bekalan makanan sempena PKP 2.0

Onn Hafiz (kiri) menerangkan cara pengagihan bantuan kepada Muhamad Jakorni ketika mengagihkan bekalan makanan, baucar dan wang tunai di Kampung Chokro, Renggam, Kluang pada Khamis.
A
A

KLUANG - Kira-kira 600 keluarga di kawasan Layang-Layang, dekat sini menerima bantuan bekalan makanan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, fasa pertama pemberian diagihkan kepada penduduk di Renggam pada Ahad melibatkan keluarga daripada golongan B40.

"Antara bantuan diberikan ialah bakul makanan bersama beras, wang tunai serta baucar tunai berjumlah RM100 hingga RM200 bagi setiap keluarga.

"Hari ini (Khamis) 300 keluarga dari Kampung Sahari, Felda Layang-Layang, Kampung Chokro, Kampung Batu 7, Renggam Jaya menerima bantuan serupa.

"Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semua bantuan diserahkan kepada Ketua-Ketua UMNO cawangan di setiap penempatan sebelum penerima dihubungi secara bergilir-gilir untuk datang menerimanya," katanya.

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada Ketua UMNO Cawangan Kampung Chokro, Muhamad Jakorni Temon di Kampung Chokro, dekat sini pada Khamis.

Onn Hafiz berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan perhatian kepada penduduk di Layang-Layang bagi memastikan tidak ada keluarga yang kehabisan bekalan makanan akibat pelaksanaan PKP 2.0 yang dilanjutkan.

Sementara itu, Muhamad Jakorni berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan bantuan bekalan makanan yang diberikan kepada golongan B40 di kampung ini.

Menurutnya, bantuan tersebut terhad kepada mereka yang benar-benar memerlukan selain golongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak hampir setahun lalu.

"Diharapkan semua penerima dapat menggunakan sebaik mungkin bantuan ini bagi memastikan bekalan makanan mereka mencukupi sepanjang tempoh PKP yang sudah dilanjutkan sekarang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!