Polis cari dua beradik kes pecah rumah

Gambar kiri: M Gunasylin dicari polis untuk membantu siasatan kes pecah rumah di Klang.
Gambar kanan: M Satisylin dicari polis untuk membantu siasatan kes pecah rumah di Klang.
Gambar kiri: M Gunasylin dicari polis untuk membantu siasatan kes pecah rumah di Klang. Gambar kanan: M Satisylin dicari polis untuk membantu siasatan kes pecah rumah di Klang.
A
A
A

KLANG - Polis giat mengesan dua beradik lelaki berhubung siasatan kes pecah rumah di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli berkata, dua individu itu dikenali M Satisylin, 27, dan M Gunasylin, 19, dengan alamat terakhir di Taman Sentosa, Klang.

"Dua beradik ini dicari susulan penahanan dua lelaki di sekitar Klang pada Selasa lalu, yang dipercayai terlibat kes pecah rumah di Taman Sentosa, Klang sehari sebelum tangkapan itu.

"Dalam kejadian itu, mangsa seorang doktor mengalami kerugian kira-kira RM22,650 selepas barang seperti komputer riba, pelbagai jenis jam tangan berjenama dan barang kemas dilarikan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek yang diberkas itu memiliki banyak rekod kes dadah dan jenayah.

Katanya, siasatan polis juga percaya suspek yang tidak bekerja itu telah aktif sejak Disember tahun lalu.

Tambahnya, salah seorang suspek yang ditahan itu juga adalah adik kepada salah seorang individu yang sedang dicari polis.

"Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek ini telah direman enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan atau balai polis berhampiran.