X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan keluar masuk Felda Tersat, Hulu Terengganu lengang

Kawalan ketat dilakukan di laluan masuk dan laluan keluar kawasan perkampungan Felda Tersat, Ajil, Hulu Terengganu yang berkuat kuasa bermula Khamis hingga 17 Februari depan.
A
A

HULU TERENGGANU - Suasana laluan keluar masuk di Felda Tersat, Ajil, di sini lengang dan hanya kelihatan kenderaan petugas di lokasi di laluan utama berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu bermula 12.01 tengah malam pada Khamis.

Tinjauan mendapati laluan masuk ke kawasan perkampungan mula dipasang pagar berduri sejak awal pagi dan pemeriksaan ketat dilakukan ke atas kenderaan penduduk yang melalui laluan tersebut.

Sepanjang laluan pula terdapat kain rentang dan gegantung sebagai peringatan bahawa lokasi berkenaan termasuk dalam zon merah dan semua individu diingatkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKPD.

Kerajaan pada Rabu mengumumkan dua lokaliti di daerah ini iaitu Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan PKPD bermula Khamis sehingga 17 Februari nanti.

Sehingga 1 Februari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah melaksanakan 420 ujian saringan Covid-19 dan sebanyak 45 kes didapati positif virus berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!