X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori warga emas tersepit, lori masuk gaung

Anggota bomba menyelamatkan seorang pemandu warga emas yang tersepit selepas lori dipandunya terlibat kemalangan dan masuk gaung di Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Tangkak pada Rabu.
A
A

TANGKAK - Seorang pemandu warga emas cedera apabila lori dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori lain sebelum masuk gaung di Jalan Sengkang-Bukit Gambir, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, lori tiga tan dipandu Norhadi Mohayat, 60, bertembung dengan sebuah lori jenis Daihatsu satu tan sebelum terbabas ke kawasan gaung berhampiran kebun kelapa sawit.

Kemalangan tersebut mengakibatkan lori tiga tan berkenaan terbalik dan Norhadi tersepit di tempat duduk pemandu.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh serta BBP Bukit Gambir dengan dua jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Pagoh, Penguasa Bomba Kanan II Husaini Eddy Mustafa berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit dalam masa kira-kira satu jam.

"Pemandu lori satu tan, Gwee Siong Huat, 69, cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat dengan menaiki ambulan bagi menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi berkenaan tamat pada jam 3.15 petang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!