Terpaksa naik lori hantar lelaki 150kg ke hospital

Anggota bomba membawa lelaki berkenaan ke hospital menaiki lori. - Foto: IHSAN BOMBA
Anggota bomba membawa lelaki berkenaan ke hospital menaiki lori. - Foto: IHSAN BOMBA
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki obesiti yang mempunyai berat badan sekitar 150 kilogram terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini bagi menerima rawatan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, pihaknya menerima panggilan pihak hospital pada jam 4 petang untuk mendapatkan bantuan mengangkat mangsa yang berusia 43 tahun.

“Sekumpulan enam anggota terus bergegas ke lokasi bersama dua jentera termasuk sebuah lori lima tan bagi membantu mangsa yang mengadu sakit kaki.

"Setibanya di lokasi empat anggota menggunakan kudrat tenaga mengangkat kerusi roda yang dinaiki mangsa yang mempunyai berat anggaran 150 kg itu ke atas lori lima tan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan terpaksa dibawa ke hospital menggunakan lori berkenaan kerana badannya terlalu besar selepas tidak dapat dibawa masuk ke dalam ambulans hospital.

“Anggota kemudian membawa mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sebelum menyerahkan mangsa kepada pihak hospital.

“Proses mengangkat dan menghantar mangsa ke hospital memakan masa selama 15 minit dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.32 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: