Polis cari waris mayat mangsa lemas bertatu 'love'

Terdapat tanda tatu bentuk 'love' dengan tulisan 'Aya' dan 'Johan' pada lengan mangsa lemas yang ditemui di Sungai Moyog Kampung Tuavon, Penampang pada 14 Januari lalu.
Terdapat tanda tatu bentuk 'love' dengan tulisan 'Aya' dan 'Johan' pada lengan mangsa lemas yang ditemui di Sungai Moyog Kampung Tuavon, Penampang pada 14 Januari lalu.
A
A
A

PENAMPANG - Polis sedang mencari waris seorang lelaki mangsa lemas yang ditemui di Sungai Moyog Kampung Tuavon, di sini pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa dianggarkan berusia 30an itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 4.30 petang di sungai terbabit.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang menjejaki waris atau keluarga kepada seorang mangsa lemas yang ditemui dengan berpakaian baju-T berlengan panjang dan berseluar panjang berwarna hitam.

"Selain itu, terdapat tatu di bahagian lengan kanan mangsa berbentuk 'love' serta mempunyai tulisan 'Aya' dan 'Johan'," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Haris berkata, mayat mangsa masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu.

"Sehingga kini belum ada ahli keluarga yang tampil menuntut mayat itu.

"Oleh itu, mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan waris atau keluarga mangsa diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohamediah Sani di talian 019-8634811 atau IPD Penampang di talian 088-712222," katanya.

Artikel Berkaitan: