Giliran Brighton malukan Liverpool

Barisan pemain Brighton meraikan jaringan Alzate ketika menentang Liverpool di Anfield awal pagi Khamis.
Barisan pemain Brighton meraikan jaringan Alzate ketika menentang Liverpool di Anfield awal pagi Khamis.
A
A
A

LIVERPOOL mengalami kekalahan kedua berturut-turut pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri apabila tewas mengejut 0-1 kepada Brighton awal pagi Khamis.

Gol tunggal pemain tengah Brighton, Steven Alzate pada minit ke-56 sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terpaksa berputih mata dalam misi meraih mata di Anfield.

Pada 22 Januari lalu, Burnley terlebih dulu memalukan Liverpool di Anfield apabila meraih kemenangan 1-0, sekali gus meleburkan rekod 68 perlawanan tanpa kalah The Reds di laman keramat mereka dalam saingan EPL.

Kekalahan kepada Brighton menyaksikan Liverpool jatuh ke tangga keempat apabila dipintas Leicester City yang mencipta kemenangan 2-0 ke atas Fulham di Craven Cottage.

Selepas mengharungi 22 perlawanan, Liverpool kekal mengumpul 40 mata - ketinggalan dua mata di belakang Leicester yang menduduki tangga ketiga.

Manchester City pula terus gah menerajui puncak liga selepas meraih menewaskan Burnley 2-0 hasil jaringan Gabriel Jesus seawal minit ketiga dan Raheem Sterling pada minit ke-33.

Beraksi dalam 21 perlawanan, skuad The Citizens itu kini merekodkan 47 mata meninggalkan pencabar terdekatnya, Manchester United yang mengutip 44 mata.

Artikel Berkaitan: