120 buggy musnah dalam kebakaran

Bomba memadam kebakaran yang berlaku melibatkan 120 buggy di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai pada awal pagi Khamis.- Foto ihsan Bomba
Bomba memadam kebakaran yang berlaku melibatkan 120 buggy di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai pada awal pagi Khamis.- Foto ihsan Bomba
A
A
A

NILAI - Sebanyak 120 buggy di tempat penyimpanan kenderaan di Kelab Golf Kota Seriemas, di sini musnah dalam kebakaran jam 2.30 pagi pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kejadian itu disedari oleh pegawal keselamatan yang membuat rondaan pemeriksaan selepas terdengar bunyi letupan kuat.

Bomba memadam kebakaran yang berlaku melibatkan 120 buggy di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai pada awal pagi Khamis. - Foto ihsan Bomba
Bomba memadam kebakaran yang berlaku melibatkan 120 buggy di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai pada awal pagi Khamis. - Foto ihsan Bomba

"Difahamkan bunyi letupan kuat dari bahagian tingkat bawah kelab namun pemeriksaan lanjut bersama rakannya mendapati api mula merebak dengan pantas dan asap tebal.

"Susulan itu dia segera memaklumkan kepada penyelia kelab dan menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan bomba," katanya.

Bomba memadam kebakaran yang berlaku melibatkan 120 buggy di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai pada awal pagi Khamis. FOTO: IHSAN BOMBA
Bomba memadam kebakaran yang berlaku melibatkan 120 buggy di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai pada awal pagi Khamis. FOTO: IHSAN BOMBA

Menurutnya, empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban 2 dengan 40 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi sejurus menerima maklumat.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 3.23 pagi dan operasi pemadaman masih dilakukan menggunakan kaedah 'ventilation' dan 'overhall'.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran dan kos kerugian ditanggung masih dalam siasatan, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.