Berita Sinar Harian bukan lagi percuma?

Sinar Harian merancang untuk mengenakan yuran minima bagi mengakses Sinar Harian Online dengan menggunakan kaedah Langganan Bermeter (Metered Paywall-MP).
Sinar Harian merancang untuk mengenakan yuran minima bagi mengakses Sinar Harian Online dengan menggunakan kaedah Langganan Bermeter (Metered Paywall-MP).
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi meluaskan sumber pendapatan dan menjamin kesinambungan operasi yang melangkah ke dunia digital, akhbar nombor satu ini merancang untuk mengenakan yuran minima bagi mengakses Sinar Harian Online dengan menggunakan kaedah Langganan Bermeter (Metered Paywall-MP).

Melalui sistem MP ini pembaca Sinar Harian Online akan diberi had bacaan sejumlah artikel setiap bulan tanpa perlu melanggan.

Misalnya 10 artikel sebulan, selepas had itu pembaca akan diminta untuk membayar langganan mengikut pakej sebulan, 3 bulan dan lain-lain untuk membaca semua artikel di laman web ini tanpa had.

Pelanggan juga bakal menikmati faedah-faedah eksklusif seperti artikel premium, diskaun produk dan lain-lain khusus buat pembaca Sinar Harian Online.

Justeru itu, bagi mendapatkan maklum balas pembaca setia Sinar Harian Online, satu soal selidik dilaksanakan berhubung MP ini.

Sinar Harian mengucapkan terima kasih kepada pembaca di atas kesudian anda meluangkan masa melengkapkan kaji selidik ini.

Teruskan menyokong Sinar Harian!

Artikel Berkaitan: