Lima calon SPM MRSM Bentong positif Covid-19

No Image Caption
A
A
A

BENTONG - Seramai lima calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong di sini positif Covid-19.

Difahamkan, selain lima pelajar berkenaan, tiga pekerja dewan makan institusi itu turut disahkan positif Covid-19.

Susulan kes terbaharu itu, lebih 100 pelajar MRSM berkenaan kini dikuarantin di asrama.

Sebelum ini, Seramai 144 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis yang bakal menduduki peperiksaan SPM di kuarantin kerana seorang pelajarnya positif Covid-19 pada Selasa.

Sementara itu, memetik laporan portal Utusan Malaysia pada Rabu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Bahari Awang Ngah mengesahkan lapan kes dikesan melibatkan pelajar dan pekerja di MRSM berkenaan.

Artikel Berkaitan: