Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit terus merosot untuk ditutup rendah berbanding dolar AS petang ini (Rabu) walaupun harga minyak lebih tinggi diikuti dengan sentimen risiko global yang semakin baik.
Ringgit terus merosot untuk ditutup rendah berbanding dolar AS petang ini (Rabu) walaupun harga minyak lebih tinggi diikuti dengan sentimen risiko global yang semakin baik.
A
A
A

RINGGIT terus merosot untuk ditutup rendah berbanding dolar AS petang ini (Rabu) walaupun harga minyak lebih tinggi diikuti dengan sentimen risiko global yang semakin baik, kata seorang peniaga.

Unit tempatan itu menyusut kepada 4.0490/0530 berbanding dolar AS daripada 4.0430/0460 ketika ditutup petang Selasa.

Peniaga itu berkata pelabur mengurangkan pegangan ringgit mereka kerana kekurangan pemangkin positif.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0359/0401 daripada 3.0371/0400 Selasa dan susut sedikit berbanding yen kepada 3.8533/8574 daripada 3.8530/8563 pada Selasa.

Mata wang tempatan itu menokok berbanding pound Britain kepada 5.5216/5287 daripada 5.5332/5382 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8677/8733 daripada 4.8787/8827. - Bernama

Artikel Berkaitan: