Polis Johor nafi mesej tular gempur kawasan kampung

Ayob Khan Mydin Pitchay
Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A
A

JOHOR BAHRU- Polis Johor menafikan mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mula menggempur kawasan kampung di negeri ini yang didakwa rendah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid- 19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mesej tersebut bukan dari PDRM tetapi disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Notis yang tular itu bukan daripada PDRM dan ia adalah tidak benar.

"Apa yang pasti, polis Johor akan menggempur semua kawasan tidak kira kampung, kilang-kilang serta penempatan warga asing atau pun bandar," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor pada Rabu.

Terdahulu tular mesej berhubung perkara itu menerusi applikasi WhatAps menyatakan hampir kesemua kes positif yang meningkat kini berpunca dari kampung menyebabkan polis dan tentera akan mengubah trend rondaan ke kampung- kampung dan taman perumahan.

Artikel Berkaitan: