Had umur minimum ahli Muda 18 tahun

Perlembagaan Muda telah dikemaskini dan telah disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan menetapkan umur minima ahli Muda ialah 18 tahun. - Foto Facebook Muda
Perlembagaan Muda telah dikemaskini dan telah disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan menetapkan umur minima ahli Muda ialah 18 tahun. - Foto Facebook Muda
A
A
A
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menafikan kenyataan Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Selasa lalu yang mengatakan bahawa had minimum umur untuk mendaftar sebagai ahli Muda bermula 16 tahun.

Muda dalam satu kenyataan memaklumkan, fakta yang dikeluarkan oleh menteri berkenaan adalah tidak benar.

"Ini kerana, perlembagaan kami telah dikemaskini dan telah disemak oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) dan menetapkan umur minima ahli Muda ialah 18 tahun.

"Kami ingin juga menegaskan tiada ketetapan had umur maksima dalam perlembagaan kami," katanya.

Menurutnya, Muda ialah parti untuk semua tanpa mengira kaum atau umur.

"Tiada mana-mana parti politik dalam Malaysia yang menetapkan umur maksima bagi ahli parti," katanya.

Dalam pada itu, katanya, proses penyusunan semula ayat, syarat-syarat atau peraturan boleh diselesaikan dengan mudah dan pantas.

"Berani kerana benar, takut kerana salah, kami tidak takut untuk berhadapan dengan mana-mana pihak secara adil di medan pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membangkitkan isu kegagalan RoS mendaftarkan parti Muda.
Artikel Berkaitan:


Permohonan tersebut ditolak berikutan kegagalan mematuhi peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1996 yang mana, parti tersebut meletakkan syarat keahlian minimum parti berumur 16 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:Kalau kau pandai sangat, bacalah dulu: Hamzah

'Hamzah letak syarat jika mahu Muda diluluskan'