Dah kena penjara pun tak serik

Tular video suspek dikerumun penduduk selepas dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencuri sebuah kereta di Taman Aman, Bukit Rotan, Kuala Selangor pada Selasa.
Tular video suspek dikerumun penduduk selepas dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencuri sebuah kereta di Taman Aman, Bukit Rotan, Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki yang baru enam hari dibebaskan dari penjara tidak serik apabila cuba mencuri sebuah kereta Proton Wira dalam kejadian di Taman Aman, Bukit Rotan di sini pada Selasa.

Kejadian jam 8.15 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin masih hidup untuk menghantar makanan ke rumah rakannya di taman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, sebaik mangsa sampai di hadapan rumah rakannya, dia terus turun meninggalkan kenderaan berkenaan.

“Mangsa kemudian nampak seorang lelaki tidak dikenali masuk ke dalam keretanya dan cuba membawa lari kenderaan berkenaan.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu sempat mengejar suspek sambil menjerit meminta pertolongan,” katanya

Ramli berkata, mangsa berjaya membuka pintu kereta dan dapat memegang lelaki tersebut.

“Suspek berusia 39 tahun itu dipercayai cuba melawan dan berlaku pergelutan,” katanya.

Ramli berkata, akibat pergelutan itu, beberapa saksi yang melihat kejadian berjaya menahan kenderaan terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Secara kebetulan pasukan polis yang meronda di kawasan itu menyaksikan orang ramai sedang berkumpul.

“Siasatan mendapati orang ramai berkumpul kerana menahan suspek yang dipercayai ingin melarikan kereta mangsa.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan narkotik.

“Suspek telah dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman dan siasatan lanjut diteruskan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Sebelum ini tular dua video berdurasi satu minit 15 saat memaparkan seorang lelaki dikerumun orang ramai selepas dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencuri sebuah kereta.