Sanitasi komuniti kekang Covid-19

Pasukan disinfeksi melakukan kerja-kerja sanitasi di Masjid Kampung Bukit Cempaka di Batu Rakit, Kuala Nerus.
Pasukan disinfeksi melakukan kerja-kerja sanitasi di Masjid Kampung Bukit Cempaka di Batu Rakit, Kuala Nerus.
A
A
A

KUALA NERUS - Proses sanitasi komuniti yang digerakkan UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di kawasan tumpuan awam akan diperluaskan dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, buat masa ini kerja-kerja sanitasi itu dilakukan menerusi Pasukan Disinfeksi Pemuda Batu Rakit dengan kerjasama pasukan Covid Buster Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Bazlan Abdul Rahman
Bazlan Abdul Rahman

Menurutnya, program khidmat komuniti itu dibuat bagi memastikan kawasan awam di sekitar DUN Batu Rakit bebas daripada wabak berkenaan sekali gus menghilangkan kegusaran orang ramai berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 ketika ini.

"Setakat ini, kita telah melakukan proses sanitasi di beberapa lokasi awam seperti Masjid Kampung Bukit Cempaka, Kompleks Tabika Batu Rakit di Kampung Wakaf Chagak, Surau Kampung Tanjung dan Pasar Maras serta lima buah di Kampung Alor Damat.

"Sanitasi di lima rumah berkenaan dilakukan kerana ada penghuninya disahkan positif Covid-19 tetapi mereka sudah disahkan pulih dan dijangka pulang kediaman masing-masing esok.

"Mereka sedang jalani kuarantin di pusat kuarantin, jadi kita ambil inisiatif untuk melakukan sanitasi bagi memastikan rumah itu bebas daripada jangkitan Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja sanitasi yang dilakukan di sekitar DUN Batu Rakut di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Bazlan (berdiri, tiga dari kanan) melihat persediaan pasukan disinfeksi sebelum melakukan sanitasi di Masjid Kampung Bukit Cempaka di Batu Rakit, Kuala Nerus.
Bazlan (berdiri, tiga dari kanan) melihat persediaan pasukan disinfeksi sebelum melakukan sanitasi di Masjid Kampung Bukit Cempaka di Batu Rakit, Kuala Nerus.

Bazlan berkata, pihaknya akan memberikan fokus kepada proses sanitasi di tempat awam seperti masjid, surau dan sekolah.

"Kita ada 14 masjid dan 17 buah sekolah di DUN Batu Rakit iaitu empat sekolah menengah dan 13 buah sekolah rendah.

"Kerja-kerja sanitasi ini kita buat bergantung kepada permintaan dan keadaan semasa. Kita memang utamakan tempat tumpuan awam, tapi kita bersedia melakukan proses sanitasi jika ada permintaan daripada penduduk," katanya.