X

Kindly register in order to view this article
!

17 individu diberkas, kes gaduh berebut kawasan jual dadah

A
A

KAJANG - Polis menahan 17 individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan bersenjatakan parang melibatkan anggota Geng 08 Sungai Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing di Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, kesemua individu itu ditahan reman dan sebahagian daripadanya akan disambung reman bagi membantu siasatan.

"Kita masih mengesan 18 individu bagi membantu siasatan berhubung kes ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fadzil berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut membantu dalam Ops Cantas.

"Motif pergaduhan disebabkan perebutan kawasan penjualan dadah antara Geng 08 Sungai Besi Indah, Serdang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki dikenali sebagai Sara 08 Sungai Besi Indah bersama orang kanannya dikenali sebagai Rajie 5000.

"Satu pihak lagi adalah Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki dengan panggilan Tan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat sila berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Terdahulu, satu rakaman video tular memaparkan kejadian tersebut di mana sekumpulan lelaki membawa senjata parang menyerang sekumpulan lelaki yang lain.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!