X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas pembantu tadbir didakwa 13 pertuduhan pecah amanah

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 13 pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM11,000 di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Rabu.
A
A

TELUK INTAN - Bekas pembantu tadbir kewangan di Pejabat Kesihatan mengaku tidak bersalah terhadap 13 pertuduhan pecah amanah membabitkan nilai lebih RM11,000 di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Rabu.

Nuhairi Idris, 44, yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Bagi semua pertuduhan, Nuhairi didakwa melakukan pecah amanah dengan tidak menyerah dan memasukkan wang kutipan hasil kerajaan sebanyak 13 transaksi bernilai RM11,535 ke dalam akaun kerajaan.Kesalahan itu dilakukan antara 25 Januari 2017 hingga 20 Jun 2017 melibatkan Klinik Kesihatan Sungkai yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, dan dengan sebat, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan, namun tertuduh yang diwakili Peguam Amir Khusyairi Mohd Tanusi memohon jaminan dikurangkan atas alasan sudah tidak lagi bekerja selain perlu menanggung keluarga.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 2 April depan untuk sebutan semula kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!