Ismail Kijo meninggal dunia

Allahyarham Datuk Ismail Kijo
Allahyarham Datuk Ismail Kijo
A
A
A

AMPANG - [DIKEMASKINI] Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lembah Jaya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, 69, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 12.33 tengah hari pada Rabu.

Perkara itu disahkan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar di Facebooknya sebentar tadi.

"Innalillahi wainnaillaihi rojiun. Dukacita dimaklumkan sahabat saya dalam Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Ismail Kijo, Ketua UMNO Bahagian Ampang telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Sungai Buloh.

"Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Salam Takziah kepada seluruh anggota keluarga. Al-Fatihah," katanya.

Terdahulu, Allahyarham yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dikatakan menjalani ujian saringan Covid-19 pada 16 Januari lalu selepas mengalami batuk berpanjangan.

Allahyarham, disahkan positif pada 17 Januari dan dibawa oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Sungai Buloh pada 18 Januari lalu untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, urusan pengkebumian jenazah Allahyarham diuruskan oleh pihak KKM disebabkan arwah positif Covid- 19.

Artikel Berkaitan: