Anggota APM dikerumuni ribuan ekor tebuan

Anggota APM Pasir Puteh berdepan detik cemas dikerumuni ribuan ekor tebuan ketika proses memusnahkan sarang serangga berbisa itu di sebuah sekolah.
Anggota APM Pasir Puteh berdepan detik cemas dikerumuni ribuan ekor tebuan ketika proses memusnahkan sarang serangga berbisa itu di sebuah sekolah.
A
A
A

PASIR PUTEH - Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh berdepan detik cemas apabila dikerumuni ribuan ekor tebuan ketika

memusnahkan sarang serangga berbisa itu di sebuah sekolah di sini pada Selasa.

Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dialami oleh anggota yang terlibat ketika memusnahkan sarang tebuan bersaiz satu meter itu yang berada dalam sebuah stor.

"Kami menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada jam 2.23 petang. Sejurus menerima laporan APM Pasir Puteh terus bergegas ke lokasi untuk meninjau kedudukan sarang.

"Kerja-kerja memusnahkan sarang tebuan itu dilakukan tepat pada jam 9.25 malam," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Nik Mohd Nor, kerja-kerja itu terpaksa dilakukan pada waktu malam bagi mengurangkan risiko serangga tersebut daripada menyerang anggota yang sedang bertugas.

"Walaupun berdepan 'bahaya' keselamatan anggota bertugas tetap diberikan keutamaan. APM Pasir Puteh sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan selari dengan prosedur operasi standart (SOP) jabatan," katanya.

Artikel Berkaitan: