Jawatankuasa khas Pemuda Pas-Umno beri signal kepada PH

Sidang media Pemuda Umno-Pas
Sidang media Pemuda Umno-Pas
A
A
A

SEMENYIH - Penubuhan Jawatankuasa khas Pemuda Pas-Umno bertujuan sebagai memberi signal kepada kerajaan PH.

Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, selain itu kewujudan jawatankuasa itu membuktikan blok pembangkang kini mempunyai jalinan kerjasama yang mantap dalam merangka gerak kerja bersama.

"Kita akan kerjasama dan tonjolkan gabungan pembangkang ini erat dan untuk memberi satu signal kepada PH bahawa dalam PRK akan datang dan juga PRU yang mungkin berlaku tak sampai lima tahun.

"Insya-ALLAH tak akan berlaku tiga penjuru yang berlaku hanya dua penjuru dan kerjasama ini telah kami tunjukkan dalam PRK Cameron Highlands dan kami terjemahkan sekali lagi dalam PRK Semenyih," katanya dalam sidang media bersama Pemuda Umno, di bilik Gerakan BN DUN Semenyih, di sini, hari ini.

Yang turut sama dalam sidang media berkenaan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda Ikatan, Mohd Sharir Adnan , Ketua Pemuda Berjasa, Iqbal Hakim Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Khalil turut mengingatkan PH bahawa rakyat kini sudah muak dengan corak pentadbiran mereka.

"Ingat satu lagi signal kepada kerajaan PH bahawa rakyat sudah hilang keyakinan pada kerajaan PH kerana PH mengkhianati janji-janji dalam PRU lepas dan juga sedikit demi sedikit hilang intergriti seperti mana isu yang berlaku sehari dua ini," katanya.

Artikel Berkaitan: