Bunuh budak: Seorang lelaki warga asing ditahan

Amran
Amran
A
A
A

PEKAN - Pihak polis kini menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun berketurunan Kemboja, Siti Masitah Ibrahim sejak 30 Januari lalu.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemukan penduduk kampung yang memburu ayam hutan di ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Tanjung Medang Kemahang di sini semalam dipercayai mati dibunuh.

Ketua Polis Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kehilangan seorang kanak-kanak berkenaan yang tidak pulang ke rumah sejak 11 hari lalu.

Menurutnya, kali terakhir mangsa dilihat sedang membonceng motosikal bersama seorang lelaki warga asing pada hari sama.

"Lelaki tersebut telah ditangkap bagi membantu siasatan dan kini direman selama 14 hari mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Identiti mayat yang dikaitkan dengan Siti Masitah yang telah ditemui di ladang kelapa sawit Tanjung Medang Kemahang itu hanya dapat diketahui selepas ujian sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat dibuat," katanya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak dibunuh kejam, organ dalaman hilang

Dalam pada itu, Amran berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian telah dilakukan oleh pakar patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan dan bedah siasat akan dilakukan pada pukul 10 pagi esok.

Artikel Berkaitan:

"Laporan penuh kes ini yang merangkumi sebab kematian, tempoh masa meninggal, jantina dan keturunan akan menyusul selepas keputusan bedah siasat diperoleh.

"Kes ini disiasat di bawah laporan mati mengejut," katanya