X

Kindly register in order to view this article
!

Kapten Sir Tom Moore meninggal dunia akibat Covid-19

Kapten Sir Tom Moore meninggal dunia pada usia 100 tahun. - Foto BBC
A
A

ENGLAND - Veteran askar British, Kapten Sir Tom Moore disahkan meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital pada Ahad akibat jangkitan Covid-19.

Menerusi laporan BBC pada Rabu, berita duka itu disahkan oleh anak perempuannya Hannah Ingram-Moore memberitahu bapanya meninggal dunia pada usia 100 tahun pada Selasa di Hospital Bedford, England.

"Dengan penuh kesedihan, kami mengumumkan kematian ayah tersayang.

"Kami sangat bersyukur kerana bersamanya selama beberapa jam terakhir dalam hidupnya; Hannah, Benjie dan Georgia termasuk Lucy menerusi 'FaceTime'.

"Kami menghabiskan berjam-jam berbual dengannya, mengenangkan masa kecil, kisah ibu kami yang cukup indah. Kami ketawa dalam tangisan.

"Tahun terakhir kehidupan ayah tidak kurang hebatnya. Dia kembali bersemangat dan melakukan perkara yang tidak pernah dia impikan.

"Dia adalah ayah dan datuk yang luar biasa, dan tetap tersemat dalam hati kami," katanya.

Kata Hannah, bapanya dirawat kerana penyakit radang paru-paru dialami sejak beberapa minggu dan seminggu kemudian disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun bapanya tidak ditempatkan dalam rawatan intensif.

Sir Moore dianugerahkan pingat kesatria selepas berjaya meraih dana hampir AS$40 juta (RM174 juta) untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Penganugerahan yang membawa gelaran Sir itu akan dikeluarkan secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II.

Moore meraih dana itu dengan berjalan 100 pusingan di tamannya sebelum sambutan ulang tahun ke-100 30 April lalu.

Moore yang dilahirkan di Keighley, West Yorkshire dianugerahkan Kolonel Kehormat oleh Batalion Pertama Regimen Yorkshire, pada Perang Dunia Kedua.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!