Jeff Bezos bakal letak jawatan CEO Amazon

Jeff Bezos - Foto Reuters
Jeff Bezos - Foto Reuters
A
A
A

PENGASAS Amazon.com, Jeff Bezos bakal mengundurkan diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi e-dagang tersebut.

Menerusi laporan Reuters, beliau yang berusia 57 tahun memegang jawatan tersebut selama 30 tahun bakal dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif dan jawatan CEO akan digantikan oleh Andy Jassy bermula suku ketiga tahun ini.

Jassy ketika ini mengetuai perniagaan pengkomputeran awan Amazon.

Perubahan jawatan itu dijangka berlaku pada pertengahan kedua 2021.

Pengumuman itu mengakhiri persoalan mengenai siapa yang bakal menggantikan kedudukan individu kedua terkaya di dunia sebagai peneraju syarikat.

Menurut Bezos, beliau akan menumpukan kepada produk dan inisiatif baharu dan projek lain termasuk The Washington Post dan penerokaan angkasa lepas Blue Origin.

Lepasan Harvard University itu mula menyertai syarikat berkenaan pada 1997 selepas Amazon bermula pada 1995 sebagai platform beli-belah dalam talian.

Kini Amazon diluaskan kepada pelbagai perniagaan termasuk e-reader, kandungan video dan pengkomputeran awan.

Artikel Berkaitan:

Pada suku keempat, jualan bersih dan keuntungan Amazon meningkat kepada 44 peratus iaitu melebihi AS$100 bilion berturut-turut berikutan lebih ramai orang membeli-belah dalam talian akibat Covid-19.