Pengusaha resort tanggung kos kerugian tinggi sejak PKP

Shariffa Sabrina
Shariffa Sabrina
A
A
A

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac tahun lalu telah memberi kesan teruk terhadap sektor pelancongan.

Pemilik Tanah Aina Resorts, Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Ali berkata, walaupun masih mampu membayar gaji pekerjanya seperti biasa namun beliau terpaksa menanggung kos kerugian yang agak tinggi sejak pelaksanaan PKP.

Menurutnya, kebanyakan pemain industri pelancongan mengharapkan agar pelaksanaan PKP tidak disambung bagi membolehkan semua sektor beroperasi semula seperti biasa.

“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) perlu dikuat kuasa dengan tegas agar penularan wabak ini dapat dikawal sebaiknya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, walaupun PKP dikuatkuasakan, namun jumlah kes baharu Covid-19 sejak kebelakangan ini masih merekodkan jumlah yang tinggi.

“Oleh sebab itu, saya harapkan agar semua sektor ini dibenarkan beroperasi semula, namun semua pihak perlu patuh kepada SOP yang ditetapkan.

“Tak mustahil, banyak pihak akan berdepan tekanan yang teruk jika PKP masih dilanjutkan,” katanya.

Sementara itu, pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, sejak PKP, pihaknya terpaksa membayar separuh gaji pekerja sahaja berikutan kekangan kewangan yang dihadapi susulan penyusutan pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Jamal
Jamal

Bagaimanapun, Jamal berkata, pihaknya berpendapat kerajaan sewajarnya melaksanakan penutupan penuh atau total ‘lockdown’ semua sektor untuk tempoh 14 hari lagi dalam mengawal penularan wabak ini.

“Bagi saya, biarlah kami menderita 14 hari lagi dan kerajaan perlu laksana total ‘lockdown’, bukannya seperti PKP yang longgar sekarang ini yang dilihat tidak membuahkan hasil.

“Malah, jumlah kes juga turut meningkat dengan jumlah yang lebih tinggi sejak kebelakangan ini,” katanya.