Lelaki ditangkap bersama 22,500 botol cecair vape

Harga tinggi di pasaran gelap menjadi faktor penyumbang kepada aktiviti penyeludupan cecair vape ke negara jiran.
Harga tinggi di pasaran gelap menjadi faktor penyumbang kepada aktiviti penyeludupan cecair vape ke negara jiran.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penangkapan seorang lelaki berusia 30 tahun oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu membawa kepada rampasan sebanyak 22,500 botol cecair vape pelbagai perisa yang cuba diseludup ke negara jiran.

Rampasan pada jam 1 tengah hari itu dilakukan selepas PGA menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah van yang diletakkan berhampiran rumah suspek di Kampung Degong, Telaga Mas di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk van dianggarkan berjumlah RM833,000.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kenderaan itu telah membawa kepada penemuan 22,500 botol cecair vape. Kesemua barangan itu telah diletakkan di bahagian tempat duduk belakang penumpang kenderaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah van membawa kepada penemuan 22,500 botol cecair vape di Rantau Panjang pada Selasa.
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah van membawa kepada penemuan 22,500 botol cecair vape di Rantau Panjang pada Selasa.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.

Katanya, siasatan awal mendedahkan cecair tersebut dipercayai hendak diseludup secara haram ke negara jiran.

Artikel Berkaitan:

"Mereka menggunakan laluan tikus yang terdapat di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

"Harga tinggi di pasaran gelap menjadi faktor penyumbang kepada aktiviti penyeludupan cecair vape ke negara jiran," katanya.