X

Kindly register in order to view this article
!

Rokok, arak dan mercun bernilai RM2.9 juta dirampas

Antara minuman keras yang dirampas PGA Sabah di Towering Penampang pada Isnin.
A
A

PAPAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah merampas rokok, minuman keras dan mercun seludup bernilai RM2.9 juta dalam satu serbuan di Towering Penampang dekat sini pada Isnin.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, empat individu berusia 18 hingga 39 tahun termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan itu.

Komander Briged Sabah PGA, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, serbuanterdiri daripada pasukan perisikan ibu pejabat dan Batalion 16 PGA yang membuat intipan selama empat jam di kawasan berkenaan.

"Hasil intipan, seorang wanita tempatan dan tiga lelaki bukan tempatan disyaki pekerja dengan sindiket berkenaan ditahan.

"Pemeriksaan di bangunan rumah kedai menemui pelbagai jenis minuman keras disyaki diseludup masuk ke daerah ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Briged Sabah PGA, Kinarut pada Selasa.

Mohd Abduh (kanan) menunjukkan rokok dan mercun yang dirampas dalam serbuan di Towering Penampang pada Isnin.
Mohd Abduh (kanan) menunjukkan rokok dan mercun yang dirampas dalam serbuan di Towering Penampang pada Isnin.

Beliau berkata, hasil siasatan membawa kepada penemuan sembilan lori mengandungi pelbagai barangan seludup.

"Menerusi soal siasat daripada suspek, mereka telah menunjukkan sembilan lori menyimpan barangan rokok, mercun dan minuman keras untuk diedarkan di kawasan Penampang.

"Nilai rampasan rokok adalah sebanyak RM900,604, sementara minuman keras sebanyak RM1.1 juta, mercun bernilai RM15,000 dan sembilan lori bernilai RM300,000," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d)Akta Kastam 1967 dan tangkapan mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963 serta diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!