Penghantar makanan maut rempuh lori

Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori di Jalan Welfare, Kampung Baru, Sungai Buloh pada Selasa.
Kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori di Jalan Welfare, Kampung Baru, Sungai Buloh pada Selasa.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori di Jalan Welfare, Kampung Baru di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa tidak sempat mengelak sebelum motosikalnya merempuh bahagian hadapan lori berkenaan.

"Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke arah Jalan Welfare. Apabila tiba di persimpangan, lori yang berada di jalan sama masuk ke simpang kanan.

"Mangsa yang ketika itu sedang memotong lori bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian hadapan lori," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: