Penghantar makanan ugut bunuh kakak ditahan

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan polis sekitar jam 3.30 petang di sebuah rumah di Taman Puchong Permai, Subang Jaya pada Isnin.
Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan polis sekitar jam 3.30 petang di sebuah rumah di Taman Puchong Permai, Subang Jaya pada Isnin.
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki mengugut bunuh kakaknya di sebuah rumah di Taman Puchong Permai di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada jam 3.30 petang.

"Siasatan awal mendapati telah berlaku pertengkaran mulut antara suspek dengan mangsa yang berusia 45 tahun.

"Suspek telah menuduh kakaknya dan adik-beradiknya yang lain mengambil wang milik suspek sedangkan wangnya masih di dalam akaun dan kad bank juga berada di dalam simpanan suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Abdul Khalid berkata, suspek disyaki mengugut bunuh kakaknya serta mendakwa menyimpan pisau di dalam bilik.

"Mangsa telah membuat laporan polis sebagai perlindungan diri jika berlaku apa-apa.

"Suspek ditahan reman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: