X

Kindly register in order to view this article
!

Insentif IPG bagi Januari 2021 diaktifkan

Lembaga Getah Malaysia
A
A

INSENTIF Pengeluaran Getah (IPG) bagi Januari 2021 telah diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang membolehkan pekebun kecil membuat tuntutan pembayaran berdasarkan pengeluaran pada Januari.

Menurut kenyataan Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada Selasa, pengaktifan itu berikutan harga purata getah peringkat ladang pada Januari 2021 bagi getah sekerap berada pada RM2.45 sekilogram di Semenanjung, RM2.15 sekilogram di Sabah dan RM2.25 sekilogram di Sarawak.

“LGM juga memaklumkan IPG teraktif bagi Januari 2021 dengan bayaran di Semenanjung adalah pada RM0.05 sekilogram, RM0.35 sekilogram di Sabah dan RM0.25 sekilogram di Sarawak,” katanya.

Bermula Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan getah SMR (Standard Malaysian Rubber) 20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang mencecah RM2.50 sekilogram ke bawah.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan pengeluaran Januari 2021 mulai 1 hingga 28 Feb, 2021,” menurut LGM. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!