Nelayan hilang dalam kawasan paya bakau

Operasi SAR dilakukan penuh berhati-hati di kawasan paya bakau yang berlumpur di Bagan Panchor, Pantai Remis, Lumut. - Foto JBPM Perak
Operasi SAR dilakukan penuh berhati-hati di kawasan paya bakau yang berlumpur di Bagan Panchor, Pantai Remis, Lumut. - Foto JBPM Perak
A
A
A

LUMUT - Seorang lelaki warga Indonesia dikhuatiri hilang selepas dipercayai masuk ke kawasan paya bakau Bagan Panchor, Pantai Remis di sini, enam hari lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nur Ramadan, 24, dikatakan hilang sejak 26 Januari lalu dan kali terakhir dilihat berenang menuju ke hutan paya bakau berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Akmal Hussin berkata, sepasukan 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.05 pagi Selasa.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai sembilan anggota polis dan tiga orang awam diaktifkan sebaik menerima maklumat berkaitan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai nelayan itu.

“Pencarian bermula di pelantar sebelum menuju ke Kuala Jarum Mas dengan menelusuri hilir Sungai Panchor sejauh 2.3 kilometer,” katanya di sini pada Selasa.

Anggota SAR mencari mangsa yang dikatakan hilang di kawasan paya bakau di Pantai Remis, Lumut pada Selasa. - Foto JBPM Perak
Anggota SAR mencari mangsa yang dikatakan hilang di kawasan paya bakau di Pantai Remis, Lumut pada Selasa. - Foto JBPM Perak

Beliau berkata, pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan melakukan pencarian di permukaan air dan kawasan berlumpur itu.

“Terdapat tanda-tanda jejak kaki di kawasan terbabit, namun tidak dapat dipastikan sama ada jejak itu milik mangsa.

Artikel Berkaitan:

“Skop pencarian diperluaskan hingga ke hulu Sungai Panchor dengan kaedah ‘sweeping’,” katanya.

Mohd Akmal berkata, operasi juga dilakukan penuh berhati-hati bagi mencari mangsa di kawasan berlumpur berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, SAR masih dijalankan oleh pasukan penyelamat.