Ular sembunyi dalam bilik tidur

Ular bersembunyi di alang rumah Norhidayah di Batu Mengkebang.
Ular bersembunyi di alang rumah Norhidayah di Batu Mengkebang.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang penjawat awam bersama adiknya terkejut apabila menemui ular sawa batik bersembunyi di alang rumahnya tengah malam tadi.

Dalqm kejadian 12 tengah malam itu, Norhidayah Muhamad, 27, bersama adik perempuannya baharu hendak melelapkan mata terpandang satu objek di alang rumah yang disangkanya sarang anai-anai.

"Namun setelah diamati rupanya seekor ular berlingkar di situ.

"Terkejut melihat reptilia tersebut saya dan adik bergegas meninggalkan bilik serta mendapatkan emak dan ayah memberitahu perkara itu.

"Selepas itu adik menghubungi penangkap ular untuk menangkap ular berkenaan," katanya.

Nurhidayah berkata, penemuan ular tersebut bukanlah kejadian pertama di rumah mereka.

"Sebelum ini kami jumpa ular sekitar kawasan dapur, serta bilik air," katanya yang trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, penangkap ular, Mohd Hamdan Mahadi, 33, berkata, saiz ular tersebut kecil tetapi disebabkan takut, penghuni rumah tidak berani menangkapnya.

Artikel Berkaitan:

"Hanya beberapa saat saya berjaya menangkap ular sawa batik seberat lebih satu kilogram," katanya.