X

Kindly register in order to view this article
!

Melayu Islam perlu bersatu

Antara ahli Isma yang terlibat dalam AGM Isma Cawangan Kuantan 2019-2021 di Auditorium Utama, Kuliyyah Farmasi UIAM sebentar tadi.
A
A

KUANTAN – Pemuafakatan dan perpaduan antara orang Melayu perlu disatukan termasuk kerjasama dalam politik demi menjaga kedaulatan Islam, sekali gus menolak ancaman liberal yang semakin menular di negara ini.

Pengerusi Kluster Dakwah, Ikatan Muslim Malaysia (Isma) Pusat, Rushdan Abdul Halim mengakui ada dalam kalangan mereka tidak menyukai permuafakatan kerana mereka mahu melihat Melayu Islam berpecah.

Menurutnya, justeru banyak ancaman yang mereka lakukan termasuk idealogi liberal barat menerusi ejen dilantik bagi memastikan Melayu Islam tidak bersatu.

Rushdan (dua, kanan) menyampaikan anugerah kepada tokoh wanita pada majlis terbabit.
Rushdan (dua, kanan) menyampaikan anugerah kepada tokoh wanita pada majlis terbabit.

“Ini adalah ancaman besar yang kita harus tangani, matlamat, ucapan dan tindakan mereka jelas menghalang kita kembali kepada Islam, sebaliknya mahu memastikan kita kembali kepada hawa nafsu.

“Jadi dalam konteks ini, kita perlu ada kesepakatan dan bersatu di antara satu sama lain bagi membolehkan Melayu Islam kuat. Saya yakin jika semua Melayu Islam bersatu tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung (AGM) Isma Cawangan Kuantan 2019-2021 di Auditorium Utama, Kuliyyah Farmasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebentar tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Isma cawangan Kuantan, Dr. Mohamad Nor Sundari.

Rushdan memberitahu Isma sentiasa memperkasakan Melayu Islam dan mahu kembalikan mereka semua untuk bersatu hati tanpa mengira situasi.

Beliau mengambil contoh tindakan Parti Melayu seperti Pas dan BN yang menyuarakan kesepakatan mampu memberikan kesan besar kepada seluruh rakyat di negera ini.

“Kita dapat lihat bagaimana Pas dan BN hendak membela Melayu Islam menerusi permuafakatan yang mereka lakukan meskipun tiada sebarang gabungan di buat,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!